Kalau Anda Mahu Kekalkan Kelembapan Kulit Jangan Abaikan Rahsia Ini !

Kalau Anda Mahu Kekalkan Kelembapan Kulit Jangan Abaikan Rahsia Ini !








Kulit lembap adalah tanda kulit yang sihat dan cantik..Sebagaimana yang diketahui, tubuh manusia terdiri daripada 70% air..Kulit yang sihat hanya diperolehi apabila mempunyai kelembapan yang diperlukan..Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya..Secara tidak langsung, ia kan mempengaruhi penampilan seseorang.


Ketahui Rahsia Bagaimana Kekalkan Kelembapan Kulit..

1#  TOPENG WAJAH

Selain pelembap, topeng wajah juga boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit sekaligus memberikan kelembapan secara mendalam..Satu tip yang boleh dikongsikan untuk wajah kekal lembap adalah mengurut wajah menggunakan ketulan ais selepas memakai topeng wajah.

2#  CUKUP AIR

Air merupakan elemen yang paling penting kepada tubuh dan kulit.. Memilih air yang bersih dan mempunyai mineral sangat membantu mengekalkan kelembapan kulit.. Selain minum air putih, jus buah - buahan juga menyumbang cairan kepada tubuh..Jika kadar air mencukupi kulit secara tidak langsung kelihatan sihat dan segar.

3#  RAJIN MEMBERSIHKAN KULIT

Demi memiliki kadar kelembapan yang mencukupi, apa yang perlu dilakukan adalah rajin dan teliti membersihkan kulit wajah..Bersihkan wajah menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan bilas dengan air suam agar pori - pori wajah terbuka..Kemudian bilas semual dengan air yang sejuk agar pori - pori tertutup kembali.

4#  CUKUP TIDUR

Tidur adalah salah satu kunci kecantikan kepada wanita..Tidur yang cukup dan berkualiti mempengaruhi kesihatan kulit..Tempoh tidur yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah enam hingga 8 jam sehari..

5#  BERSOLEK SEDERHANA

Tampil sederhana dengan solekan nipis kerana solekan tebal menyukarkan kulit bernafas..Lebih - lebih lagi apabila selepas bersolek dan tidak membersihkan solekan dengan sempurna akan meninggalkan sisa solekan ..Sisa yang melekat di pori - pori wajah bakal mengundang masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan pori-pori besar.


6#  SERUM ATAU MINYAK

Kini sudah tiba masanya untuk menukar rutin sebelum tidur..Sapu serum atau minyak zaitun sebelum tidur untuk menjaga kelembapan kulit wajah..Ketika bangun pagi, kulit akan terasa lebih anjal dan segar.

7#  KRIM TABIR SURIA DENGAN PELEMBAB EKSTRA

Sebaik - baiknya pilihlah krim tabir suria yang menyediakan pelembab ekstra..Perlindungan daripada cahaya matahari ini sangat penting untuk melindungi kulit..Kesan cahaya matahari bukan sahaja boleh menghilangkan kelembapan kulit malah boleh menyumbang kepada jeragat dan noda hitam.

8#  LOSYEN TUBUH YANG BAIK

Ramai wanita yang memilih losyen badan keran aroma berbanding fungsinya..Semua orang perlu peka fungsi losyen adalah memeberi kelembapan..Pastikan losyen yang dipilih berkualiti dan mampu memberikan kelembapan kepada kulit dalam tempoh yang lama.

9#  BEDAK ASAS

Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit..Sapu bedak asas secara nipis keran formula pelembab ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita asia.

10# PENGELUPASAN

Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak..Ini boleh membantu menyingkirkan sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap.



Warning sign emoticon for Facebook   TAHUKAH ANDA??

Penjagaan kulit bawah mata amat penting..Kekeringan yang terjadi pada kulit bawah mata mengundang kepada kulit wajah yang kerepot..Cara paling berkesan dan mudah untuk menjaganya adalah dengan menggunakan krim mata secara teratur dan konsisten.

Comments